Thursday, March 25, 2010



Dilancarkan pada 1hb April 1987 oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Julai tahun yang sama di atas tanah seluas 3 ekar milik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Penempatan ini terletak di Bekas Bangunan Sek. Keb. Linggi yang beralamat di Jalan Linggi/Rantau, 71150 Linggi, Negeri Sembilan dalam kawasan DUN Linggi dan Parlimen Telok Kemang.

Penempatan ini agak jauh dari Bandar Seremban (35 KM) , Port Dickson (35KM) dan Pekan Rembau (25KM).Lokasi GM Telok Kemang ialah 0.8 KM dari Pekan Kecil Linggi.

Diawal penubuhannya 3 kursus telah dijalankan iaitu Menerap Bata dan Melepa, Tukang Kayu Acuan dan Tukang Kayu Tanggam dengan pelatih seramai 63 orang

Februari 1989, Kursus Tukang Kayu Acuan dan Tukang Kayu Tanggam telah digabung dan dinamakan Pertukangan Kayu Tanggam dan Acuan

Julai 1989, Kursus baru ditawarkan iaitu Kerja Paip Domestik

1995, Kursus Pertukangan Kayu Tanggam dan Acuan dan Menerap Bata dan Melepa telah digabung dan diberi nama Kursus Teknologi Bangunan

1997, Kursus Membaiki Motosikal dibuka untuk latihan kemahiran

Mac 2000, Kursus Teknologi Bangunan dan Kerja Paip Domestik ditutup dan dipindahkan ke Pusat GIATMARA lain kerana kurang sambutan dari para belia dan beliawanis

Julai 2000, Kursus baru ditawarkan iaitu Pendawaian Elektrik Domestik

2001, Atas keperluan dan permintaan ramai kursus Teknologi Bangunan dibuka semula.

2002, Ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Tahap 1 bagi Kursus Teknologi Bangunan dan Membaiki Motosikal

2005, Ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi menjalankan kursus Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2).

Julai 2008, Disebabkan masalah kekurangan pelatih maka kursus Teknologi Bangunan telah ditutup dan tenaga pengajar telah dihantar menjalani reskilling mengikuti kursus yang diminati.

Okt 2008, Kursus Fashion & Dressmaking mula dirancang untuk diujudkan.

No comments:

Post a Comment