
ANUGERAH KUALITI MARA 2009 dan Pemilihan Kategori GIATMARA CEMERLANG 2009 adalah satu Pengiktirafan dan Penghormatan kepada Pengurusan dan Komitmen Warga Kerja Giatmara Telok Kemang yang terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan.Pengukuran dan Penilaian Kualiti dapat mencerminkan Komitmen dan kesungguhan Pengurusan dan Warga Kerja demi penambah baikkan dan mempertingkatkan lagi Imej Berkualiti Giatmara Telok Kemang khasnya dan Giatmara Malaysia keseluruhan khasnya.
Berlandaskan Pengurusan Berkualiti dan Pembentukan Semangat dan Jatidiri Warga Kerja Giatmara Telok Kemang selari dengan Misi,Visi dan Objektif Organisasi, Kaedah “Teamworks” menjadi sandaran untuk membentuk Budaya Disiplin yang tinggi,Komitmen bersepadu dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan “mengatasi masa” demi mencapai matlamat mempertingkatkan Imej dan Kualiti Giatmara,Warga Giatmara dan Pelatih.
Penglibatan di dalam Aktiviti-aktiviti di Kawasan Parlimen Telok Kemang, Daerah Port Dickson dan Masyarakat Tempatan terutamanya Program GDR dan Pembudayaan serta Pembangunan Usahawan Lepasan Pelatih adalah menjadi Agenda Utama Organisasi selain dari Peningkatan Kualiti Latihan dan Pembentukan Imej Organisasi Giatmara Malaysia keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment