Thursday, March 18, 2010




GIATMARA yang pertama ditubuhkan di Jitra, Kedah pada November 1986 dengan menggunakan bekas bangunan Pusat Latihan Belia Negeri Kedah. Mula beroperasi pada 12.Januari 1987 dengan kapasiti 93 orang pelatih perintis. Pada tahun 1990, Majlis MARA telah membuat keputusan untuk membina sebuah GIATMARA di setiap kawasan Parlimen. Menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke 9 ( 2008), jumlah GIATMARA telah bertambah kepada 201buah.
Latihan teras GIATMARA disasarkan kepada belia dan masyarakat setempat. Program dibentuk berdasarkan konsep berbentuk modular, praktikal ( hands-on ) dan merupakan employable skills mengikut keperluan semasa dan di tawarkan secara percuma. Jangkamasa program adalah diantara 6 hingga 12 bulan. Konsep ini masih dikekalkan dan diperkembangkan bagi menambah nilai kursus-kursus yang semakin berubah mengikut perkembangan terkini.

No comments:

Post a Comment