Monday, August 2, 2010









Ifa Izwa Binti Yaakop = Cikgu Fashion And Dressmaking....











Mohd Noorzaidy Bin Md Rashid = Pentadbiran / Sistem Komputer...













Nur falina Binti Samsuri.....= Kerani












Kamil Bin Amat = Pengurus

































Arba'iyah Binti Adam = Cikgu Feshion And Dressmaking.........























Mohd Asri Bin Abdullah = Cikgu Teknologi Motosikal.......





















Lidon Bin Bachek = Cikgu Teknologi Motosikal......






















Jamaluddin Bin Hassan = Cikgu Pendawai Elektrik








Suhaimi Bin Ismail = Cikgu Pendawai Elektrik......
Port Dickson dengan kegemilangannya yang unik menghiasi pinggir pantai Selat Melaka sepanjang kawasan perairan Negeri Sembilan. Ianya terletak 30km dari Seremban, kira-kira 60km dari KLIA, 55km dari Putrajaya – pusat baru pentadbiran negara, Cyberjaya – Koridor Raya Multimedia (MSC) negara dan lebih kurang 70km dari bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan untuk memasuki Port Dickson. Laluan yang paling sesuai untuk pengunjung Utara Semenanjung atau Selatan Semenanjung ialah dengan melalui Lebuhraya Utara – Selatan. Keluar dari jalan susur ke Seremban dan merentasi Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang bermula dari tol Seremban. Laluan yang dihiasi dengan kehijauan alam semulajadi melalui Jalan Persekutuan membawa pengunjung terus ke pesisiran Pantai Port Dickson yang indah.





::: LATAR BELAKANG
Majlis Perbandaran Port Dickson dirasmikan pada 2 Februari 2002 mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya di bahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar.Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pedalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian



::: PENDUDUK
Daerah Port Dickson mempunyai penduduk seramai lebih kurang 110,400 orang terdiri daripada 58,500 Melayu,28,200 Cina, 17,500 India dan 7,200 bangsa lain pada tahun 2000 berbanding seramai 92,171 pada tahun 1990.Penduduk dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson pula seramai 94,725 orang pada tahun 2000 berbanding seramai 82,620 pada tahun 1990.Menjelang tahun 2010 jumlah penduduk di kawasan RTPD dianggarkan meningkat dengan pertumbuhan purata sebanyak 0.6% kepada 188,000 orang.Perkembangan sektor pelancongan telah menyumbang kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan yang menjadi faktor dalam peningkatan jumlah penduduk.Selain dari itu, aktiviti industri yang aktif di kawasan Lukut turut menyokong pertumbuhan penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson.



::: Mukim Port Dickson
Penghulu - Encik Zulhainan bin Ab. Manap
Telefon - 012-3818 647

Mukim Port Dickson merupakan pusat pentadbiran daerah kerana di sini terletaknya bandar Port Dickson yang merupakan nadi atau penggerak utama sektor pentadbiran dan ekonomi di daerah ini. Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti didikuti dengan kaum Cina dan India. Kegiatan atau sumber ekonomi yang utama di sini ialah sektor perindustrian, perniagaan, nelayan dan perhotelan. Kilang penapis minyak Esso dan Shell merupakan contoh perindustrian utama yang ada di mukim Port Dickson. Contoh-contoh hotel di mukim Port Dickson adalah seperti Glory Beach Resort, Le Paris, Corus dan Sunshine Bay. Mukim Port Dickson juga mempunyai beberapa produk pelancongan seperti Kota Lukut dan Makam DiRaja Selangor di Pekan Lukut.
Port Dickson merupakan pintu masuk utama pelawat dari luar negara ke Negeri Sembilan kerana di sini terdapat pelabuhan feri penumpang dari Indonesia. Selain daripada Itu terminal bas dan teksi yang merupakan kompleks pengangkutan utama yang menghubungkan Port Dickson di antara bandar-bandar lain di seluruh Negeri Sembilan termasuk Kuala Lumpur.



::: Mukim Si Rusa
Penghulu - Encik Sumari bin Sugar
Telefon - 012-6055 530

Mukim Si Rusa terkenal dengan pantainya yang cantik dan landai iaitu Pantai Saujana atau lebih dikenali dengan nama Pantai Batu 4. Melayu merupakan penduduk majoriti diikuti dengan kaum Cina dan India. Perhotelan merupakan sektor ekonomi utama di mukim ini diikuti sektor kerajaan, perniagaan, nelayan dan pertanian. Contoh-contoh hotel yang terdapat di sini ialah Golden Straits Villas (GSV), Avillion Port Dickson, Bayu Beach Resort, Seri Malaysia, Selesa Beach Resort dan berbagai lagi. Di mukim ini juga terdapat pusat pengajian seperti Politeknik Port Dickson yang menawarkan berbagai-bagai kursus kemahiran di peringkat sijil dan diploma. Produk pelancongan utama ialah Muzium Angkatan Tentera yang mana merupakan memorial perang yang terbesar di Malaysia. Selain daripada itu ialah Pantai Teluk Kemang.



::: Mukim Linggi
Penghulu - Encik Ibrahim bin Abd. Talib
Telefon - 012-3258 141

Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dalam kawasan mukim ini. Selebihnya adalah orang Cina dan India. Sektor ekonomi yang terbesar dan utama di sini Ialah sektor pertanian. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas merupakan produk utama pelancongan di sisi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Muzium Negara. Selain daripada itu Sungai Linggi dan Jeti Pengkalan Kempas merupakan produk pelancongan Yang kaya dengan flora dan fauna. Keindahan alam semulajadi dapat disaksikan bila kita menyusuri Sungai Linggi ini.



::: Mukim Pasir Panjang
Penghulu - Encik Ibrahim bin Abd. Talib
Telefon - 012-3258 141

Mukim Pasir Panjang bermula dari PoliTeknik di Batu 9, Jalan Pantai menganjur hingga Ke Ayer Hitam di Pengkalan Kempas. Pecahan penduduk terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Sektor ekonomi utama bagi penduduk di mukim ini ialah nelayan dan pertanian. Ini adalah kerana di dalam kawasan mukim ini terdapat banyak hutan paya bakau yang amat sesuai bagi penangkapan ikan dan terdapat beberapa ladang kelapa sawit. Selain daripada itu perhotelan juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi di sini. Di antara hotel-hotel tersebut ialah Guoman Beach Resort, Ilham Beach Resort, Rachado Beach Point, Palm Spring, Tiara Beach Resort, Eagle Ranch dan Port Dickson Sanctuary.Di sini juga terdapat banyak produk-produk pelancongan seperti Hutan Rekreasi Pasir Panjang, Rumah Api Tanjung Tuan, Eagle Ranch Resort, Kuala Sungai Linggi dan perkampungan nelayan Sungai Sekawang



::: Mukim Jimah
Penghulu - Encik Mohd Nasir bin Salim
Telefon - 012-2199 404

Majoriti penduduk yang terbesar di sini ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Kegiatan ekonomi yang utama di sini ialah perladangan sawit, perniagaan dan nelayan.Keujudan pusat tenaga seperti Jimah Power dapat meningkatkan lagi peluang ekonomi dan pekerjaan bagi penduduk setempat di mukim ini.



















Penafian: Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang kerugian Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Didalam Laman Ini Hakcipta © Majlis Perbandaran Port Dickson. 2008 All rights reserved.

Thursday, March 25, 2010

FALSAFAH GIATMARA

Memberi Pengetahuan Teknikal dalam berbagai Tahap Kemahiran yang berterusan kepada Masyarakat Tempatan mengikut perkembangan Teknologi dan Keperluan Semasa

VISI GIATMARA

MENJADI PUSAT LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL SEPANJANG HAYAT YANG TERUNGGUL DAN DIIKTIRAF DI PERINGKAT NEGARA DAN ANTARABANGSA

MISI GIATMARA

MENYEDIAKAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG BERKUALITI DAN MEMENUHI KEHENDAK KOMUNITI DAN NEGARA BAGI MEWUJUDKAN TENAGA KERJA SEPARA MAHIR/MAHIR DAN BAKAL USAHAWAN BUMIPUTRA YANG BERDAYA SAING

OBJEKTIF GIATMARA

MELAHIRKAN PEKERJA MAHIR YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB PERSENDIRIAN DAN AUTONOMI SERTA MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DI SAMPING BERAKHLAK, BERDISIPLIN SERTA BERSEMANGAT PATRIOTIK

PIAGAM PELANGGAN

KAMI BERJANJI AKAN MENGAMALKAN SIKAP PROFESIONALISMA YANG TINGGI DAN MESRA PELANGGAN DI DALAM USAHA MEMBANGUN,MELATIH DAN MENGALAKKAN MASYARAKAT MENCEBURI BIDANG KEMAHIRAN SERTA MEMBANTU PENINGKATAN TARAF EKONOMI DAN SOSIAL DENGAN MENJADIKAN KEUSAHAWANAN BERTERASKAN KEMAHIRAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN UTAMA MASYARAKAT SECARA BERTERUSAN.


Dilancarkan pada 1hb April 1987 oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Julai tahun yang sama di atas tanah seluas 3 ekar milik Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Penempatan ini terletak di Bekas Bangunan Sek. Keb. Linggi yang beralamat di Jalan Linggi/Rantau, 71150 Linggi, Negeri Sembilan dalam kawasan DUN Linggi dan Parlimen Telok Kemang.

Penempatan ini agak jauh dari Bandar Seremban (35 KM) , Port Dickson (35KM) dan Pekan Rembau (25KM).Lokasi GM Telok Kemang ialah 0.8 KM dari Pekan Kecil Linggi.

Diawal penubuhannya 3 kursus telah dijalankan iaitu Menerap Bata dan Melepa, Tukang Kayu Acuan dan Tukang Kayu Tanggam dengan pelatih seramai 63 orang

Februari 1989, Kursus Tukang Kayu Acuan dan Tukang Kayu Tanggam telah digabung dan dinamakan Pertukangan Kayu Tanggam dan Acuan

Julai 1989, Kursus baru ditawarkan iaitu Kerja Paip Domestik

1995, Kursus Pertukangan Kayu Tanggam dan Acuan dan Menerap Bata dan Melepa telah digabung dan diberi nama Kursus Teknologi Bangunan

1997, Kursus Membaiki Motosikal dibuka untuk latihan kemahiran

Mac 2000, Kursus Teknologi Bangunan dan Kerja Paip Domestik ditutup dan dipindahkan ke Pusat GIATMARA lain kerana kurang sambutan dari para belia dan beliawanis

Julai 2000, Kursus baru ditawarkan iaitu Pendawaian Elektrik Domestik

2001, Atas keperluan dan permintaan ramai kursus Teknologi Bangunan dibuka semula.

2002, Ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Tahap 1 bagi Kursus Teknologi Bangunan dan Membaiki Motosikal

2005, Ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi menjalankan kursus Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2).

Julai 2008, Disebabkan masalah kekurangan pelatih maka kursus Teknologi Bangunan telah ditutup dan tenaga pengajar telah dihantar menjalani reskilling mengikuti kursus yang diminati.

Okt 2008, Kursus Fashion & Dressmaking mula dirancang untuk diujudkan.

Thursday, March 18, 2010




Di bahagian belakang: Mohd asri Bin Abdullah - Mohd shahril Bin Yusoff - Mohd noorzaidy Bin Md Rashid - Ifa Izwa Binti Yaakob

Di bagian depan: Nurfalina Bin Samsuri - Arba'iyah Binti Adam - Jamaluddin Bin Hassan - Pengurus Kamil Bin Amat - Suhaimi Bin Ismail - Lidon Bin Bachek